Friday 31 October 2008

1. Siapa Dia Warga Emas

Takrif Warga Emas

Di Malaysia, Warga Emas ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun dan keatas. Kementerian Kesihatan mengunakan terminologi "Warga Tua".

Berapa Bilangan Warga Emas

Pada tahun 1999, penduduk dunia yang berumur lebih dari 60 tahun adalah dianggarkan sekitar 355 juta orang dan 61.2% daripadanya di negara-negara membangun. Dijangkakan pada tahun 2020, warga tua di dunia akan meningkat kepada 1,000 juta (1 billion) orang. Ini adalah merupakan peningkatan sebanyak 75% berbanding dengan peningkatan sebanyak 50% untuk keseluruhan penduduk dunia. 700 juta dari warga tua ini, terdapat di negara-negara membangun.

Di Malaysia, warga tua terus meningkat dari setahun kesetahun. Pada tahun 1999, jumlah penduduk di negara ini adalah sebanyak 21.8 juta orang dan 6.5% daripadanya adalah warga tua. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti, jumlah warga tua adalah sebanyak 11.3% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini terdiri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) telah mentakrifkan bahawa sesebuah negara itu akan mengalami ‘fenomena ketuaan’ (ageing phenomenon) apabila jumlah warga tuanya mencapai 7% daripada keseluruhan jumlah penduduk di negara tersebut.

Sambutan Hari Warga Emas

Hari Warga Emas disambut setiap tahun pada 1 haribulan Oktober.